Monday, June 22, 2009

Pi makan angin kat KL, umah abang


Hari Jumaat lepas, saja bawak Iman ngan Olan pi umah pakcik depa kat KL. lama dah tak jumpa. Dah sampai sana tu, bawak la depa ni pi Petrosains. Syok sangat. Ni gambar kami sefamili, ambik tepi dinosaur. Tapi dinosaurnya tak nampak.



Ni pulak gambar Iman dengan Pakcik Adi die.



Dalam Petrosains ni ada 14 stesen untuk dilawati. Ni ha stesen yang paling Iman syokkkk sangattt...bulat mata tengok. sampai tak nak turun. Menangis-nangis nak main lagi. Jenuh la memujuknya.

Main bola kat Padang Kota


Ni gambar bila ntah lupa dah, bawa iman ngan olan main bola kat Padang Kota Lama. Bukan main seronok lagi depa dua orang tu. Lari sana, lari sini. Ngan umi-umi dia kena lari sekali, dok mengejar. seronok sangat, tapi penat.

Monday, June 8, 2009

Gambar kat Taman Burung

Iman ngan Olan tengah tengok burung dok terbang kat atas kepala.

Umi, Iman dan Olan tgh rehat sat kat celah-celah sangkar burung. Panas sangat, dah pi thari ceng.



Iman ngan Olan lepas tengok ostrich kat pintu masuk depan. Seronok depa.




Monday, June 1, 2009

Penang Bird's Park

Semalam bawak Iman ngan Olan pi Penang Bird's Park kat Seberang Jaya. Dah lama abah depa dok janji nak bawak. Bukan main seronok lagi depa tu. Banyak sangat burung dalam tu. Macam-macam spesies ada, bukan burung jer, buaya, ikan, rabbit, iguana dan banyak lagi la....penat la jugak pusing-pusing dalam tu. Takpa, yg penting depa happy. Adik Olan sampai merah-merah mata tahan ngantuk. Bird punya pasal. Puas ati la jugak, walaupun rasa cam mahal sikit, 15 hengget per head untuk adult. Budak2 2 yrs above, 7 hengget 50 sen, bawak kamera kena charge singgit pulak ya. Gambar sok-sok la upload erkk..